RPH PM

 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 
KSSR PENDIDIKAN MORAL

1.  Mata Pelajaran dan Kelas     :  Pendidikan Moral Tahun 2 Bestari
2.  Tema / tajuk                      :  Berterima kasih / Inilah Caranya!
3.  Masa                                        :  10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4.  Standard Pembelajaran  : 4.1.1, 4.1.2
5.  Objektif Pembelajaran    : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:      
                            i. menyatakan tiga cara memberi penghargaan kepada keluarga
                            ii. menyatakan tiga kepentingan memberi penghargaan kepada  
                              keluarga
6.  Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
  1. Menjana idea beberapa cara memberi penghargaan  kepada keluarga  secara lisan atau dengan menggunakan bahan.
  2. Sumbang saran berkaitan kepentingan memberi penghargaan kepada keluarga.
  3. Murid menghasilkan kad sempena Hari Ibu /Hari Bapa  dengan menggunakan komputer.
7.  EMK:
              i.      Kreativiti – menjana idea
              ii.     TMK  - Menggunakan pemprosesan kata (MS Word)

8.  Bahan Bantu Belajar:
       Contoh Kad ucapan Hari Ibu/Bapa, gambar hadiah, jambak bunga, lembaran kerja, gam   
       dan gunting
 
9.  Penilaian P dan P:
i.      lembaran kerja (Padankan gambar dengan ucapan yang berkaitan dengan penghargaan)
ii.     Kad  Hari Ibu/bapa yang dihasilkan oleh murid bagi menunjukkan cara memberi penghargaan kepada keluarga.
10. Refleksi
       i.   25 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.
       ii.  4 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

a.    Kukuatan
Pengajaran ini menarik dengan membuat kad Hari Ibu Bapa kepada keluarganya. Para murid berkreatif dan inovatif dengan melukis dan reka pelbagai bentuk kad yang bermakna kepada keluarga yang saying. 
b.    Kelemahan
Anak murid yang berdarjah dua masih kecil dan banyak tak tahu bagaimana menghargai keluarganya masing-masing. Setelah perbincangan diadakan, mereka baru sedar bahawa cara yang mudah ini adalah sesuatu tanda penghargaan terhadap keluarganya.
c.    Cara mengatasi
Sebagai guru moral, saya akan melaksanakan aktiviti seperti membuat buku portfolio dengan menyimpan maklumat keluarga seperti pekerjaan mereka, umur, hobi dan sebagainya. Setelah memahami keluarga, maka dapat berkomunikasi dan keluarganya dengan mudah serta dapat kasih saying dan hubungan erat juga dapat dipupuk.

Gambar Menunjukkan Kasih Sayang








Fish