RPH Matematik 2

Rancangan Pelajaran Harian Matematik (Wang)

NOMBOR DAN OPERAS I:      TAHUN 1

Bidang                     :     Nombor dan Operasi

Tajuk                        :     Wang hingga RM10

Standard Kandungan :     4.1 Murid dibimbing untuk:
                     Mengenal pasti ringgit dan sen.

Standard Pembelajaran    :     Murid berupaya untuk;
(i)            mengenal pasti mata wang Malaysia dalam
bentuk syiling dan wang kertas.

Masa                        :     60 minit (2 waktu)


Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1.    Persediaan
       Pemerhatian   
       dan analisis


a.      Minta murid mengeluarkan wang yang disediakan dalam sampul surat dan membimbing murid menampalkan contoh wang tersebut pada papan hitam.

b.      Tunjukkan beberapa jenis wang negara asing dalam bentuk sebenar atau tayangan.

i.      Tolong keluarkan harta misteri yang terdapat di dalam sampul surat.
ii.    Apakah jenis nilai wang yang anda tampal?


iii.   Adakah wang ini laku untuk niaga di Malaysia?

2.    Imaginasi
Penjana Idea

Sintesis Idea  
      


a.    Membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan.

b.    Minta ketua kumpulan mengambil kotak yang mengandungi pelbagai jenis nilai wang kertas dan duit syiling dari pelbagai negara




i.      Ambil kotak ini dan cuba mencari mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan duit syiling.


3.    Perkembangan

      Penambah- 
      baikan  
     
      analisis


a.     Guru mengedarkan lembaran kerja A bentuk wang kertas Malaysia untuk murid mewarnakannya dalam kumpulan

b.    Guru mengedarkan Lembaran Kerja B dan duit syiling Malaysia sebenar untuk murid menekap pada ruang yang betul.
i.      Kamu perlu mewarnakan contoh wang kertas Malaysia.



ii.     Kamu perlu menekap syiling pada ruangan yang tepat.

4.    Perkembangan

      Tindakan 
      Amalan
      berterusan
     


a.    Guru menunjukkan satu carta besar dan meletakkan di atas meja.


b.    Guru membimbing murid untuk menampalkan wang kertas yang telah diwarnakan serta tekapan duit syiling yang telah siap.

c.    Guru memberi kepujian kepada kumpulan yang dapat menyiapkan dengan baik serta memberi bimbingan yang lebih kepada kumpulan kurang menguasai.

i.        Mari menyebut bersama-sama nilai mata wang dalam bentuk perkataan yang ada pada carta.

ii.      Kamu perlu menampal wang yang telah diwarnakan dalam carta pada ruang yang betul.


iii.     Syabas! Berusaha lagi!
.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid memilih, mewarna dan menampal wang dengan tepat, menunjukkan keupayaan dan kebolehan murid mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan duit syiling,


Nilai dan Sikap


Terapkan sifat bekerjasama dan saling membantu.


Refleksi

Kekuatan
        Proses pengajaran dan pembelajaran ini amat berkesan dengan mencapai objektif tertentu. Memang proses ini mempunyai kekuatan di segi persediaan ABM dan slide power point. Dengan pelbagai ABM dan slide telah membantukan guru menjalankan waktu P&P ini dengan lancar dan para murid hampir semua boleh dikenal pasti wang kertas dan wang syiling Malaysia. Semasa aktiviti kumpulan pula, murid berasa seronok dan dapat bekerjasama dengan melaksanakan kerja tugas dalam kumpulan.

Kelemahan
Dalam P&P ini juga terdapat kelemahan iaitu ketepatan mengikut masa yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat. Ketepatan masa sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Berdasarkan RPH yang telah dibuat, saya mendapati kelemahan bahawa masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak sama dan mengambil masa yang agar panjang dalam langkah perkembangan. Ini disebabkan saya lebih banyak membiarkan murid mewarnakan gambar dalam kumpulan sendiri tanpa bantuan lain. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan dalam pengajaran ini tidak terlalu terjejas.

Cara Mengatasi
Setiap kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu saya lakukan adalah ketepatan dalam penggunaan masa menyampaikan pelajaran, mengawal murid dan memberi bantuan yang sesuai kepada murid ketika melakukan aktiviti di dalam kelas. Ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian haruslah ditepati oleh saya. Ini kerana ia akan memudahkan saya dalam menyelesaikan setiap langkah penyampaian pengajaran bermula dari set induksi sehinggalah ke langkah seterusnya.


Lembaran Kerja 1 
NAMA        :________________
KUMPULAN:________________
KELAS        :________________

Warnakan wang kertas Malaysia.








Lembaran Kerja 2 

NAMA        :________________
KUMPULAN:________________
KELAS        :________________

Tekapkan syiling pada ruangan yang tepat.
                                                                                                                                           










 
            1 sen                    5 sen 














            10 sen                  20 sen






 
                 


 50 sen 




wang hingga RM10
Fish